Entry: abang tertipu, Tipah Wednesday, March 28, 2007



Assalamualaikum wbt.

Ah.. semalam aku hampir kena tipu. Masa aku tengah melepak si kedai mamak sambil baca kreko yang baru aku beli, tetiba sorang pakcik Indon sapa aku. Oleh kerana aku nih peramah (pura-pura sebenarnya) maka aku pun senyum lah kat dia.

Tak bagi salam tak apa terus jerk dia merembeskan air liur dia beramah tamah dengan aku plak. Memula tuh aku ingat dia nak pau Rm kat aku ke.. kot kot nak carik tambang balik Indon. Tapi rupanya nak jual tangkal kat aku. He Eleh.. Tapi tak apa.. oleh kerana aku nih baik hati.. aku senyummmmmmm je sepanjang masa dia nak ngayat aku beli tangkal dia.

Lama gak ler aku biarkan dia berbuih mulut bercerita pasal product dia tuh. Aku kontrol senyum sampai otot pipi aku naik lenguh. Macam macam lah dia bebelkan. Berapa banyak hadis, ayat Al-Quran dia hafaz.. berbelas-belas pepatah melayu dia sembur kat aku.. aku senyap je.. sambil kontrol senyum. Dia tak ingat agaknya hari nih dah berapa hari bulan.. Kalau aku ada niat nak beli pun tangkal dia, aku tak ada RM yang cukup nak kasik.. lain ler kalau dia nak kasik free kan?

Dah sejam setengah dia bercerita, sampai meja pun basah dengan tempias dia.. air teh O yang dia order elok-elok ada setengah bleh penuh balik.. akhirnya aku pun berterus terang lah dengan dia. Aku beritahu dia sambil senyum kelat sebab letih senyum lama sangat yang aku tak berminat nak beli tangkal dia tuh. Terus air muka dia berubah. Heheh.. aku rasa kalau aku tak cakap apa2, mahu kitorang melekat kat kusi tuh sampai tengah malam. Eheheh.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments