|
Susahnya hati kalau sebab kecik ada orang kecik hati ngan aku. Dah berkali-kali aku cakap yang aku takder gambar untuk tunjuk kat dia, tapi entah naper last-last aku tetap jadi orang yang bersalah. Okey, bagi korang yang tak tahu hujung pangkal nih.. biarlah aku explain skit. Tersebutlah kisah, di zaman dahulu.. di sebuah negeri Antah Berantah. Pada suatu hari... (sila baca ikut lenggok baca syair ye..) . Beberapa tahun yang lepas, aku ada berkenalan dengan sorang jejaki nih melalui Yahoo!Messenger. Seperti biasa, adat orang berkenalan lah.. berborak borak kosong bila ada peluang nak berborak.. lama kelamaan tuh agak-agak dah bleh bergurau senda, mula lah jari jemari aku gatal mintak nomot tepon. Tapi sebab sikap aku sendiri yang malas dan kebetulan kedekut serta mementingkan diri sendiri tuh, maka aku pun jadi biskut chipsmore,, jap ada jap tak der... dan banyaknya tak ada lah... heh. Walaupun dah gatal mintak nomot tepon.. jarang-jarang, sekali-sekala aku tepon.. Dan selalunya memang tak tepon pun. Heh. Entah apsal, sejak kebelakangan nih aku rajin plak menghubungi jejaki nih balik. Rajin plak aku berbalas SMS dengan mamat ops, minah sekor nih. Sorry lah ye.. aku sebenarnya kalau SMS nih, aku tak dapat nak pastikan jantina minah nih.. sebab kenkadang tuh bahasanya, aduh, aku pun segan nak kuarkan.. Tapi dalam tepon, aduh.. sorenya.. halusss je. Cam persis makhluk halus lah plak.. hehehe. Dan oleh kerana tahap kerajinan aku meng SMS dengan minah nih.. maka aku pun hampir nak broke lah gak. Hehehe. Nak dijadikan citer (fuh.. cam cerpen plak ye?) aku ngan dia pun agak rapat lah gak.. walaupun memula bila aku kontek dia balik dia nih... walaupun layan.. tapi agaknya tak ingat aku.. heh. Sampai suatu hari dan suatu ketika, entah apa demam dia, dia tanya pasal aku ada tak account kat friendster.com. Aku cakap tak der lah.. sebab memang aku tak join pun friendster tuh.. tak reti gue. Rupa-rupanya dia beritahu yang dia ada letak pic dia dalam tuh. Aku Ooooo kan je lah.. sebab bagi aku tak kesah ler dia rupa camner pun. Standard lah buaya cam aku.. pakai balun jer.. hatta bangkai pun aku tarik masuk lubuk.. Wahahahaha.. Ops.. lalut plak. Dalam maser kitorang berSMS pasal pic dia n friendster, sempat gak dia mintak nengok gambar aku. Dan seperti biasak, aku truely say lah.. yang aku tare gambar terbaru. Sumernyer gambar lama2 masa tengah slim dulu. Skang nih dah kental.. so lain ler roper skit.. Heh. Since aku tare gambor nak kasik dia, tetiba dia lokek lah plak nak kasi URL untuk profile Friendster dia.. ewah.. Tapi tak per.. dendiam aku pi surf friendster tuh dan berbekalkan email address dia yang penah dia kasi.. heheh.. well.. I'm full of resources.. saper suh sendirik kasi clue kan.. Ewah, cam spy lah plak. Jeng jeng jeng... dah pun tengok profile dia. Tapi kan, alah, gambor tengok dari tepi.. serupa tak kasi kan, kan, kan?? Anyway readers, korang nak tak tengok gambor dia.. Har har har.. aku mungkin akan letak gambar dia kat sini. Muahahahaha .. (Gelak jahat). Ah tak lah... jahat jahat aku tak ler buat camtu.. paling teruk aku gigit-gigit je.. Heheh.. Seterusnya.. baru-baru nih.. sempat ler aku bergayut ngan dia pada suatu malam tuh, dan dia kembalik mintak gambar aku. Aiii.. dan seperti biasa, aku cakap ler terus terang aku takder gambor nak kasik kat dia.. haiiii.. tapi entah naper dia pi SMS aku plak lepas tuh yang dia cam kecik hati lah plak. Alaaaaa... susah lah.. dan sekarang nih aku pun taip lah blog aku nih. Aku harap minah tuh dapat faham kenapa liat sangat aku nak kasik gambar kat dia, kalau dia baca blog aku nih lah. Oh ya. Oyak.net dah berubah reka bentuk. Heh. Ubah lagi? Letih lah sumer2 yang dah jadik senior tuh. Kena daftar balik.. kena post balik.. heh.. Ubah lah acoms.. ubah lah selagi ko nak ubah. Server ko kan. Kalau senang aku join balik.. Kalau senang lah. Heh. Aku baru jer habis baca Da Vinci Code nih. Patut lah ramai yang try nak sangkal beberapa "historical fact" dalam novel nih. Dan yang membuatkan ramai yang memberi respond pada novel ini aku rasa main point nya bila Dan Brown quote yang semua artifact, artikel, bangunan dan struktur serta fakta yang terkandung dalam novel ini adalah benar. Haaa... itu lah pencetusnya. Yang kelakarnya.. ada beberapa orang, actually aku cuma jumpa sorang je.. yang quote beberapa "fakta" yang diragui dari novel ini untuk dipostkan dalam sebuah forum dengan tajuk konspirasi dan tipu helah Christian. Tak sangka sampai orang melayu pun bleh terperdaya dengan "fakta" Da Vinci Code nih, Kelakar lah plak. This guy must be didn't do his research lah. Depending to much on fictional work. Har har har. Budusssss.. Oh no.. aku bukan anti-Christ atau pun aku bukan nak cari gaduh. Maksud aku, kenapa readers like you and me percaya pada fictional works? Da Vinci Code is definiately a work of fiction, please remember that. But as Robert Langdon said, Everybody loves conspiracy. Anyway, don't you see that how this novel could make the younger generation interested in history? Because of this novel, younger generation started to googled and doing their research on Da Vinci's works and also Christian's history. Ah, korang perasan tak yang sekarang, google is not just a search engine. I meant google.com has evolved into a whole new level. It has become a household name. Just like KFC for every friend chicken ( even the mamak stall's friend chicken) , Colgate for every toothpaste,and sardinefor any canned food. Ye lah.. sekarang, kalau nak doing web search, we says google instead of search. What do you think?
|
| Leave a Comment: |